Google

Tuesday, January 22, 2008

Dari Meja Cheqk: Tulisan Pagi…sambil minum

Salah sebuah akhbar perdana kelmarin menyiarkan tentang spekulasi jawatan Menteri Besar Perlis akan diberikan kepada Datuk Seri Azmi Khalid. Nampaknya macam macam spekulasi yang ditimbulkan. Apa apa pun ini merupakan rentetan daripada sidang akhbar yang dibuat bersama oleh Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid baru baru ini.

Pada pendapat Cheqk, peristiwa tersebut tidak sepatutnya berlaku. Konsensus pengundi akan mengalami kekeliruan. Sepatutnya perbincangan dalaman perlu dilakukan berbanding dengan siding terbuka sedemikian. Gunalah saluran yang lebih baik atau ringkasnya saluran yang betul. UMNO ada ketuanya. Cheqk sebagai orang yang memerhati rasa kurang senang dengan keadaan ini.

Dalam menilai hal ini Cheqk tahu pengundi akan menilai dengan baik. Siapa yang baik dan siapa yang lebih baik. Kedua dua pemimpin iaitu Datuk Seri Shahidan sendiri dan Datuk Seri Azmi Khalid adalah orang politik yang mempunyai reputasi masing-masing dalam bekerja untuk rakyat.

Cheqk lihat semenjak Datuk Seri Shahidan Kassim menerajui Perlis banyak pembangunan infrastruktur dan keperluan rakyat Perlis dilaksanakan. Bagi Cheqk, MB Perlis adalah orang yang bagus. Walaupun kadang kala beliau sedikit sinis atau berada diluar kotak pandangan orang kebanyakan.

Cheqk adalah pemerhati politik dan sentiasa berada di atas garisan atau atas pagar. Setiap perkara, ada negatif dan baiknya. Namun kita harus selalu fikir positif. Biarlah Datuk Seri Shahidan Kassim kekal ditempatnya. Jika dilihat pun kebanyakan penduduk bawahan berasa amat senang dengan kepimpinan Perlis sekarang. Apa apa pun cheqk nak ingatkan setiap ahli politik atau parti politik, keutuhan dan integriti sepatutnya diutamakan berbanding dengan kehendak kita sendiri.