Google

Tuesday, January 22, 2008

Dari Meja Cheqk: isu pilihanraya…panas, hambar dan takkan kemana..tulisan dari pengundi atas pagar

Boleh dikatakan sekarang sudah memasuki fasa berbuah bagi pilihanraya…ahli politik mula keluarkan “pistol” masing-masing..menembak dan menepis sesama mereka baik kalangan musuh mahupun sesama ahli mereka sendiri..

….Harus diingat jangan jual isu negara dan isu pembangunan kerana kita nak menang..kamu diperhatikan oleh rakyat..jadilah wakil “kepada” rakyat dengan baik..minta tolong jangan politikkan pembangunan..please!!!....

Cheqk sebenarnya malas nak ulas isu politik..namun sebagai rakyat yang patriotik, adalah menjadi tanggungjawab sesama rakyat untuk ingatkan para politikus supaya anda menjadi politikus yang benar baik dan bersedia untuk memimpin…sekali lagi Cheqk nak ingatkan Cheqk bukan ahli mana mana pihak, Cuma nak ingatkan kerana ada ketikanya orang politik jugak yang corakkan pemikiran pengundi…kalau corak baik, OK lah tapi kalau SILAP…

Teguran pertama, dasar pembangunan secara asasnya jangan dipolitikkan..ingat silap percaturan, anda akan ditolak rakyat..

Kedua, rakyat sekarang umumnya adalah golongan masyarakat yang sudah sampai tahap “bijaksana”, fikiran rakyat sudah progresif. Oleh yang demikian cuba bawa satu pendekatan yang lebih baik dalam mendekati hati dan perasaan pengundi bukan hanya waktu nak berkempen baru turun padang..jangan salahkan kepada ketua anda jika anda sendiri yang kurang prihatin…

dah dekat pilihanraya sibuk le lobi ketua untuk jadi calon…senang saya katakan kalangan wakil rakyat sudah seharusnya telah lama menyepak keluar dari sifat mereka pendekatan mendekati pengundi ketika hampir pilihanraya. Jadilah wakil yang paling baik.

Apa yang Cheqk maksudkan hambar ialah pendekatan ahli politik, yang dikatakan panas ialah isu penting dibawak “main”, dan yang takkan kemana ialah ahli parti politik yang tak disukai oleh rakyat….

Akhir kata Cheqk nak tengok kestabilan negara..bekerjalah semua dengan baik untuk negara bukan untuk diri anda..yang salah tu,jika ditegur, terima lah jangan melenting, kerana tahap kemampuan anda akan mencorakkan perjalanan Negara Bangsa Malaysia.